KUALA LUMPUR: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) mencatatkan keuntungan bersih RM395.16 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Sept 2021, iaitu susut 3.71% daripada RM410.38 juta pada tahun sebelumnya berlatarbelakangkan sekatan Covid-19 di Malaysia dan Thailand.
Kumpulan itu berkata penurunan keuntungan itu disebabkan oleh harga komoditi yang lebih tinggi, margin eksport yang lebih rendah, penstrukturan semula dan perbelanjaan berkaitan Covid dan bahagian keuntungan yang lebih rendah daripada syarikat bersekutu.
Perolehan kumpulan bagi suku tersebut meningkat 3.6% kepada RM4.13 bilion disebabkan oleh prestasi eksport yang kukuh oleh kedua-dua F&B Malaysia dan F&B Thailand, serta sembilan bulan sumbangan daripada perniagaan makanan.
Kumpulan itu berkata prestasi eksport didorong oleh pengembangan di Asean, Greater China, Timur Tengah dan Afria.
Ia berkata ini berikutan usaha untuk mempromosi dan mengembangkan penggunaan produknya melalui aplikasi baharu untuk Perkhidmatan Makanan dan Saluran Perindustrian; serta kerjasama yang lebih erat dengan pelanggan OEM utama yang menghasilkan produk baharu dan kawasan tambahan.
Lembaga pengarah mengesyorkan dividen akhir satu peringkat sebanyak 33 sen sesaham, yang jika diluluskan oleh pemegang saham, akan menjadikan pembayaran tahun itu kepada 60 sen sesaham.
“TK2021 sudah pasti sukar dalam kedua-dua aspek permintaan dan kos.
“Bagaimanapun, kami kekal teguh dalam keutamaan jangka panjang kami dan melancarkan tonggak perniagaan keempat – Makanan Berbungkus Halal – dengan pemerolehan Syarikat Sri Nona.
“Sepanjang tahun ini, kami juga menyelaraskan keperluan perniagaan kami dengan peluang yang dibentangkan oleh Covid-19 dan teknologi digital sambil meletakkan kesejahteraan rakyat dan komuniti kami di atas segalanya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif F&B Lim Yew Hoe.
Pada suku keempat sahaja, keuntungan bersih F&N mencecah RM58.69 juta, penurunan 31.75% daripada R85.99 juta pada suku yang sama sebelumnya
Hasil pada suku tersebut adalah 6% lebih rendah tahun ke tahun kepada RM896.3 juta.