Dewan Rakyat: Belanjawan sembilan kementerian diluluskan peringkat jawatankuasa | Malaysia


Pemandangan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur 19 Mac 2021. ― Gambar oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Anggaran perbelanjaan mengurus sembilan kementerian dalam Bajet 2022 diluluskan di peringkat jawatankuasa semasa persidangan Dewan Rakyat minggu ini.

Ia melibatkan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Belanjawan 2022) dijadualkan sehingga 13 Dis. Rang undang-undang itu telah diluluskan di peringkat dasar pada 18 Nov tahun lepas.

Sementara itu, isu kenaikan harga barangan keperluan kekal menjadi tumpuan ahli gouse pada persidangan minggu ini.

Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai), semasa sesi soal jawab, membangkitkan usul mengenai perkara itu yang kemudiannya dibincangkan pada sesi Dewan Khas pada Khamis (2 Dis).

Dalam perkembangan lain, 25 kes positif Covid-19 yang dikesan melalui saringan berkala di Parlimen pada Isnin (29 Nov) berkemungkinan besar adalah varian Delta.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tiada keperluan untuk menutup sidang parlimen walaupun kes positif Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ahli Parlimen. — Bernama